2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
Secara garis besar, anak muda Melayu sebenarnya tidak begitu berminat apabila orang lain mula menyebut tentang pendaftaran mengundi dan tanggungjawab mengundi. Malas masuk campur adalah antara yang dirasakan oleh sebahagian besar mereka.
Dalam negara yang serba selesa, persepsi ini adalah suatu hal yang biasa. Sejak lahir, seorang Melayu di Malaysia telah dibekalkan dengan pelbagai bantuan. Asal mahu, usaha dengan betul, pasti insya Allah dapat.
Keselesaan ini menimbulkan apa yang disebut dalam dunia psikiatri sebagai austisme, iaitu sikap suka menyendiri dan hidup di dunia sendiri. Mereka beranggapan bahawa mereka tidak perlu mencampuri urusan orang lain, dan orang lain juga tidak perlu menyibuk dalam kehidupan selesa mereka. Apatah lagi dalam situasi politik Malaysia yang makin hari makin berdrama dan berat, ia terlihat sebagai satu beban untuk diketahui.
Kita sebenarnya tidak perlu aktif untuk mengetahui drama politik Malaysia bagi membolehkan kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat. Saya sendiri beranggapan drama politik Malaysia membingungkan dan kadangkala lucu dengan gelagat kedua kubu yang satunya mampu melakukan apa sahaja demi kuasa dan satu lainnya terlalu takut kehilangan kuasa.
Persepsi yang salah tentang mendaftar dan mengundi adalah apabila ia ditafsirkan sebagai berpolitik walhal ia merupakan suatu hak dan tanggungjawab seorang rakyat.
Sejarah banyak mengajar kita pelbagai pengajaran. Antara yang perlu kita ketahui adalah hak sebagai rakyat negara merdeka.
Anak muda kadangkala terlupa atau tidak mengetahui bahawa sebelum merdeka kita di Malaysia tidaklah seselesa apa yang dirasakan pada hari ini. Orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu tidak diberi peluang untuk mentadbir malahan sering dijadikan kuli dalam negara mereka sendiri. Tanpa boleh menyalahkan sesiapa, orang Melayu pada ketika itu adalah bangsa yang tidak berilmu dan lemah. Penjajah telah menyekat segala usaha orang Melayu untuk menimba ilmu ke peringkat tertinggi kerana sebagai penduduk asal, jika Melayu menjadi cerdik dan pandai, penjajah beranggapan ia bakal menjadi ancaman kepada kekuasaan mereka.
Tanpa pilihan, Melayu terpaksa akur dengan nasib. Walaupun kononnya hidup di tanah air sendiri, "Tanah" Melayu, mereka tidak mampu berbuat banyak malahan tidak diberikan hak untuk memilih siapa wakil mereka yang bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan memerintah negara.
Mendapat kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 merupakan satu permulaan baru buat negara ini. Kemeriahan yang dirasakan pada ketika itu bukan sahaja kerana bebas dijajah tetapi idea bahawa kini negara dapat ditadbir dan diurus sendiri merupakan satu semangat baru yang dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai bangsa.
Sebagai bangsa yang merdeka, semua pihak bersemangat ingin ikut serta dalam memajukan negara. Sebagai contoh, kini mereka mempunyai hak yang sah untuk menentukan wakil mereka dalam pembentukan kerajaan. Tidak hairan pada pilihanraya umum negara yang pertama, peratusan rakyat yang keluar mengundi merupakan peratusan yang tertinggi dalam sejarah!
Kita sebagai generasi baru pada hari ini sepatutnya mewarisi semangat tersebut. Perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan terhormat belum lagi selesai dan kita seharusnya berbangga dapat mewarisi dan menyertai perjuangan tersebut. Sebagai rakyat yang baik, terjemahkanlah ia dengan keseriusan menuntut ilmu, bekerja keras dan mengikut serta dalam agenda-agenda memajukan negara.
Menentukan kerajaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab memastikan pertumbuhan Malaysia positif kerana kerajaan dan pemimpin yang baik akan memberi hasil kerja yang lebih baik. Ia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan tidak juga boleh diendahkan begitu saja. Selain ia adalah sebuah hak, mengundi juga sebahagian dari tanggungjawab seorang rakyat.
Sebagai anak muda, kalau ingin selesa dan mengambil sikap malas fikir, ramai sebolehnya malas ikut campur dalam urusan tersebut. Walau bagaimanapun, memikirkan perjuangan orang terdahulu, sebagai seorang dewasa, tidak mahu mengambil tahu tentang perkara tersebut beerti menghina perjuangan mereka. Tanpa perjuangan mereka terdahulu, mungkin hari ini kita masih anak seorang petani dan mungkin hanya menjadi seorang petani.
Perjuangan negara ini belum selesai. Sekarang Malaysia mungkin negara yang cukup selesa buat ramai orang dan mahu tidak mahu kita harus diakui ia adalah hasil rakyat Malaysia yang menunaikan tanggungjawab dan peranan masing-masing sebelum ini. Mendaftar dan mengundi adalah satu hal yang perlu dibuat, memilih dengan baik pula adalah satu tuntutan yang perlu difikirkan.
Anak muda, daftar dan mengundilah kelak dengan bijak. Kini sudah tiba giliran kita untuk menggalas tanggungjawab meneruskan perjuangan Malaysia.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan