24 Februari 2012

Pentadbiran angkuh Najib jatuhkan lagi imej korup negara

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS yakin, pentadbiran angkuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menjatuhkan lagi indeks persepsi korup negara.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, tindakan kerajaan PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah ke kemuncak keangkuhan kerajaan BN dalam mengurus kewangan negara.

Tindakan ini telah menambahkan keburukan yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal dan yang paling mutakhir adalah skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menurut beliau, Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib.

Ia tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan.

Ini kerana, kerajaan Najib-BN terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.

Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32% kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.

"Mahathir masih punya pelbagai ‘tengkorak’ atau ‘skeleton’ yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, malang sekali," kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Harakah Daily

Tiada ulasan: