17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SUBANG JAYA – “Saya cuba menggunakan sebatang kayu rotan memukul anjing itu untuk menghalaunya daripada menggigit lelaki berkenaan, namun usaha itu gagal apabila haiwan tersebut terus menyerang mangsa,” kata salah seorang jiran warga emas yang ditemui maut selepas dipercayai digigit anjing di SS19/5B, di sini pagi semalam.
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia terdengar bunyi bising dari luar rumah sebelum menjenguk ke tingkap melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia terus meluru keluar apabila melihat seorang lelaki tua diserang seekor anjing dan menjerit kesakitan.
“Tanpa berlengah, saya terus mengambil kayu dan memukul anjing itu bagi memaksanya melepaskan gigitan.
“Akibat terlalu takut melihat mangsa yang sudah berlumuran darah dan terus diserang anjing itu, saya kemudian mengambil keputusan masuk ke dalam rumah,” kata wanita berusia kira-kira 70 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.50 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa dipercayai bergelut dengan anjing tersebut berdasarkan kesan gigitan di bahagian leher selain bahagian telinga kanan hampir putus.
Yahaya berkata, mangsa Yip Sun Wah, 74, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dipercayai digigit seekor anjing jenis pitbull.
Menurutnya, mangsa dikatakan berjoging di kawasan perumahan itu setiap pagi dan ketika kejadian mangsa berada dekat dengan rumah jirannya.
Katanya, selepas kejadian haiwan terbabit terus masuk ke dalam rumah pemiliknya dan ia dipercayai keluar melalui laluan pintu tong sampah rumah terbabit.
“Pemilik memaklumkan baru tiga bulan memelihara haiwan tersebut di rumahnya. Kita akan merekod keterangan pemilik anjing dan meminta bantuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) serta Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Selangor sudah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) anjing jenis pitbull yang dipercayai menyerang seorang warga emas sehingga maut di depan sebuah rumah di SS19/5B, pagi semalam.
Penolong pengarahnya, Dr Fadzilah A’ini Abd berkata, pihaknya memberikan haiwan itu ubat tidur sebelum membawanya ke pejabat JPV menggunakan pengangkutan van Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Menurutnya, keputusan DNA berkenaan akan diperoleh dalam tempoh seminggu untuk menentukan sama ada haiwan itu yang menyerang mangsa sehingga dilaporkan meninggal dunia.
“Kita akan kumpul maklumat mengenai anjing itu dan menunggu keputusan sama ada ia mempunyai penyakit anjing gila atau tidak dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan