17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Najib Razak telah mengumumkan durian runtuh untuk 112,000 peneroka berupa wang sebanyak RM15,000 untuk satu keluarga. Pemberian durian runtuh itu secara berperingkat, RM5,000 untuk bapak, RM5,000 untuk isteri dan RM5,000 untuk anak-anak menelan belanja keseluruhannya RM1.689 billion. Sudah tentu kalau peneroka berkahwin dua atau tiga yang RM5,000 itu harus dibahagi.
Dalam pengumuman itu Najib tidak menjelaskan apakah wang itu merupakan nilai saham yang bakal diterima peneroka selepas Felda Golobal Vantures Holdings Berhad (FGVHB) diniagakan atau pun wang simpanan (rezab) Felda?
Serentak dengan itu juga kaki tangan Felda diberikan bonus dua bulan setengah gaji. Tujuan pemberian itu untuk menarik perhatian para peneroka agar terus menyokong UBN yang kini dikatakan mulai kurang mendapat sokongan peneroka bahkan ada peneroka yang terang-terang menentang kerajaan.
Antara faktor kenapa peneroka marah ialah berikutan berapa tindak tanduk dan langkah dibuat oleh pengurus tidak memenuhi matlamat asal penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu dan juga banyak wang digunakan untuk perkara tidak memberi manfaat kepada peneroka.
Perlantikan Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda juga dan pertukaran pengurus atasan yang bermotifkan politik antara sebab faktor kemarahan peneroka.
Apabila sekali lagi peneroka diberikan wang sebanyak itu, ini menunjukkan pemberian wang sebagai pancing undi dibuat sebelum ini tidak menjamin peneroka mengundi BN lantaran itu ia perlu ditambah.
Serangan oposisi kepada kerajaan UBN kerana menyenaraikan FGVHB yang didakwa menganiaya dan merugikan peneroka mungkin menyebabkan kerajaan (Najib) terpaksa mencari wang tambahan sebanyak itu. Sebelum ini cadangan Felda untuk menyenaraikan FGVHB telah menimbulkan kemarahan para peneroka kerana ia dianggap sebagai menjual harta dan kepentingan peneroka di dalam syarikat berkenaan.
Cadangan penyenaraian FGVHB itu juga katanya tanpa persetujuan peneroka keseluruhannya. Bantahan yang dibuat tidak diendahkan oleh pengurusan Felda khasnya pengerusinya Mohd Isa Samad.
Kenapa dikatakan begitu, pemberian sebelum tidak berkesan, kerana kalau pemberian sebelum ini tidak menimbulkan persoalan untuk apa kerajaan memberi durian runtuh berkenaan? Sementara kalau penyenaraian FGVHB diuruskan secara betul dan tidak ada undang di sebalik batu, kenapa menyebabkan peneroka bangkit menentangnya?
Bacaan umum apabila peneroka membangkit beberapa isu dan menimbulkan kurang senang kepada Felda ini mencerminkan Felda berbuat sesuatu yang tidak mengikut matlamat asal penubuhan Felda.
Yang menjadi persoalan kini apakah dengan wang sebanyak RM15,000 untuk seisi rumah itu UBN dapat jaminan dari peneroka agar mengundi mereka? Belum tentu lagi.
Najib jelas sekali tidak senang dan kecewa dengan sikap peneroka akhir-akhir ini yang tidak mudah untuk mendengar arahan kerajaan. Cara beliau bersikap bengis dan menyindir peneroka menunjukkan Najib diamuk rasa resah kehilangan kuasa. Kalau Najib adalah Najib sebelum ini, tidak mungkin dia menjadi bengis.
Semasa berucap mengumumkan pemberian durian runtuh itu Najib berkata wang sebanyak RM15,000 itu untuk peneroka yang jujur dan setia kepada BN. Katanya dia mahu tenguk muka para pengkritik penyenaraian FGVHB dan juga pembangkang, apakah mereka ambil atau tidak wang itu.
Cara Najib itu tidak ikhlas dan menjelaskan pemberian itu dibuat kerana kepentingan Umno dan dirinya sendiri dan bukan untuk kesejahteraan peneroka. Dengan memerhati sikap Najib itu sudah pasti kalau Najib tidak terdesak akan kalah dalam pilihan raya ke-13, dia tidak akan memberi durian runtuh berkenaan. Adalah wajar kalau peneroka tidak berterima kasih di atas pemberian itu kerana ia dibuat dengan adanya motif politik dan bukan secara jujur, bertanggungjawab dan ikhlas. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Harakah Daily

1 ulasan:
jelas menunjukkan pemberian ini memang untuk meraih undi tapi menjerat parti sendiri di mana pengumuman ini sepatutnya di berikan kepada ketua keluarga dan terpulang bagaimana seorang ketua untuk membahagikan kepada anak dan isterinya.bagaimana dengan ketua keluarga yang berkahwin lebih dari satu dan isteri yang menetap di felda adalah isteri kedua.ini menimbulkan kemarahan pada isteri dan anak-anak kerana mereka yang duduk di felda serta menghadapi susah dan senang bersama suami.bekas isteri yang di ceraikan biasanya tidak menetap di felda dan dapatkah undi dari mereka kerana hidupnya BN dengan undi warga FELDA.di bandar ramai yang cerdik pandai dapat membezakan baik dan buruk nya pemimpin yang akan mereka pilih.Di felda wujudnya gejala-gejala sosial yang melibatkan peneroka,isteri peneroka dan anak-anak peneroka.ada isteri peneroka yang terlibat dengan skandal bercinta dengan suami orang yang merupakan peneroka juga.akhirnya setelah diketahui oleh suami, si isteri diceraikan.setelah di ceraikan isteri tersebut berkahwin pula dengan peneroka (2) tersebut serta bermadu.adilkan pemberian durian runtuh dalam kes sebegini.peneroka pertama terinaya,isteri peneroka yang mana suaminya terlibat dalam skandaljuga turut merasakan dirinya terinaya dan yang untungnya bekas isteri yang terlibat dalam skandal tersebut kerana mendapat habuan dari bekas suami dan suami barunya yang juga peneroka.ini adalah kisah benar yang berlaku di felda.Wang rm15,000 belum tentu dapat meraih undi sebaliknya memporak perandakan keluarga dalam masyarakat felda. Pengerusi felda Tan Sri Isa Samad dengan bangga dan suka citanya mengumumkan pemberian ini tanpa mengambilkira sensitiviti masyarakat.Pengumuman yang di sambut dengan gembira oleh bekas-bekas isteri tetapi menaikkan kemarahan pada isteri yang ada di sisi suami.Tak perlulah menggembar gemburkan kisah Anuar ,Azmin dan Shamsidar Taharin kerana jawapan nya ada pada pemimpin kita sendiri.Nak tangkap satu undi terlepas 5 undi.Kerana bekas isteri biasa nya ada 1 atau 2 anak sahaja tetapi isteri yang menetap di felda memiliki 5 orang anak.jadi RM 15 ribu belum tentu dapat meraih undi.
Catat Ulasan