17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BEKAS pemain kebangsaan, Maninderjit Singh mencabar skuad hoki (Skuad 2013) mengatasi pencapaian terbaik skuad remaja negara yang muncul naib juara Kejohanan Piala Remaja Asia Kedua di Kuala Lumpur, 13 tahun lalu.
Cabaran itu dilontarkan selepas menyaksikan anak buah Muhammad Dhaarma Raj berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2012 menentang India, esok.
Maninderjit yang lebih dikenali sebagai Mike ketika zaman kemuncaknya juga percaya sekiranya Skuad 2013 mampu mengekalkan momentum sama pada perlawanan sebelum ini, tidak mustahil mereka mampu menewaskan India sekali gus menempah slot ke perlawanan akhir.
“Tidak dinafikan India merupakan kuasa besar hoki. Tapi saya percaya kita sudah berada di tahap terbaik dan menewaskan mereka bukanlah satu misi yang terlalu sukar.
“Rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan kali ini juga bukti pasukan ini semakin matang dan kelebihan bermain di laman sendiri tidak harus disia-siakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Untuk rekod, India pernah membenam Malaysia dalam kejohanan sama pada 2000.
Selaku tuan rumah rumah, Malaysia sekadar meriah tempat ketiga, manakala Pakistan menjuarai kejohanan tersebut.
Berjaya melaksanakan misi menempah tiket ke Piala Dunia Remaja di India tahun depan, skuad negara yang kini ditangga ke-19 terbaik Asia diletakkan sepenuh harapan untuk mencipta kejayaan berganda.
“Misi melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja sudah berjaya mereka laksanakan. Kini mereka perlu berjuang habis-habisan untuk ke final, sekali gus menjuarai kejohanan ini sebagai hadiah kepada penyokong yang tidak pernah jemu memberikan sokongan,” katanya.
Selain perlawanan Malaysia dan India, satu lagi aksi separuh akhir melibatkan pertembungan Pakistan menentang Korea Selatan.
Sepanjang kejohanan ini, skuad hoki negara mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mudah membenam Jepun 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, kelmarin.
Kemenangan ketiga berturut-turut itu hadir selepas membelasah Iran 6-1 dan Korea Selatan 6-3.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan