17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.
(PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam)
Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.
Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.
"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.
Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.
"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.
"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.
Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.
Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disirkan secara langsung melalui televisyen.
Harakah Daily

2 ulasan:
sebagai pm memang bahasa kurang ajar terhadap rakyat apakah ia sebagai pengerusi jkkkp yang tidap ada maruah diri,ingatlah ucapkan kamu di dengari oleh semua orang dan dari situ orang boleh menilainya.jangan harap kamu akan diterima masyarakat melainkan orang yang tak boleh berfikir ,tak mahu menggunakan otak yang dianugerahi oleh allah .
dulu umno kata nga kor ming cakap haram jadah pada hitam metalik skrg bagaimana pulak kalu gitu nga kor ming betulle
Catat Ulasan