17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Fenomena sekarang jelas menandakan Malaysia sedang berada diambang perubahan lanskap politik, hakikat ini telah menyebabkan Perdana Menteri semakin berkerut dahi apabila beliau mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Pakatan Rakyat cuma tahu mencelarukan pemikiran rakyat serta ketandusan modal dalam mengutarakan isu.
Sebenarnnya yang tandus idea dan modal adalah BN dan bukannya Pakatan Rakyat, PRU kali ini mereka (BN) cuma bersenjatakan wang ringgit, kita boleh lihat terkini bagaimana janji yang telah beliau tabur kepada 112,000 warga peneroka Felda dengan pengumuman durian runtuh sebanyak RM1.689 bilion dengan agihan secara berperingkat.
Termasuklah pengumuman oleh Najib Razak mengenai pemberian dua setengah bulan bonus tambahan kepada semua kakitangan Felda, ini juga berbentuk wang, saya yakin inilah antara ‘budget pilihanraya’ yang mana telah menjadi tradisi BN setiap kali menjelangnya PRU.
‘Umpan’ menjelang PRU sebegini amat merbahaya bagi masa depan negara jika rakyat terpedaya dan terus memberi undi dan peluang kepada BN untuk terus menzalimi rakyat dengan merompak dana awam secara terancang, kebanyakan rakyat belum sedar hakikat ini.
Saya katakan bahaya kepada negara berdasarkan rasional dan hakikat bahawa BN telah merompak berbilion Ringgit wang rakyat, kemudian memulangkan semula kepada rakyat dengan jumlah yang sedikit, ini tidak adil ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit.
Rakyat terus menerus dihimpit kesusahan dan penderitaan sepertimana yang dilaporkan media yang menyebut sebanyak 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara belum berkahwin dimana 44.7% kaum lelaki mengatakan menghadapi masalah kewangan untuk berkahwin.
BR1M bernilai RM500 seorang, peneroka mendapat RM5000 yang , baucer buku 1 Malaysia bernilai RM200 untuk seorang mahasiswa, bantuan persekolahan bernilai RM100 untuk seorang murid.Kita amat meragui dari manakah wang ini diambil
Apapun bagi saya “Hadiah” dari Umno BN tidak dapat mengubati masalah yang dihadapi oleh rakyat yang berpunca dari kerakusan pemimpin membolot kekayaan negara, isu rasuah, salah guna kuasa, monopoli tender dan projek, perkuda institusi kerajaan, bolot cukai barang secara melampau,dan seleweng dana awam.
Dalam masa rakyat menhadapi kesusahan lain pula bagi beberapa kerat elit Umno BN yang mendapat projek yang bernilai ratusan juta malah ada yang mencecah billion ringgit disebabkan mereka kroni BN, contohnya projek diperingkat nasional seperti NFC, projek-projek lebuh raya dan pelbagai lagi kekayan negara dibolot oleh mereka.
Ini adalah antara 70 transaksi dana negara yang telah lebur ke poket kroni Umno BN sejak sekian lama, syabas saya ucapkan kepada pimpinan Umno BN kerana telah berjaya menutup rahsia anda dari sampai ke pengetahuan rakyat yang undi BN, rancangan mereka (BN) mencelarukan pemikiran rakyat masih berjaya untuk setakat ini.
Ini dosa-dosa besar BN yang sedang berlaku di negara dan isu-isu ini sedang didedahkan oleh Pakatan kepada seluruh rakyat, inilah isu besar yang Najib Razak katakan sebagai “Pembangkan tiada modal” dan cuma tahu celarukan fikiran rakyat sahaja dengan isu-isu yang telah disebut sebentar tadi.
PRU13 inilah yang kita jangka bakal belaku tidak lama lagi sebagai medan bersejarah untuk menggulingkan rejim BN yang telah berkuasa secara zalim selama lebih 50 tahun.
9 Mei 2012
Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan