09 Mei 2012

Final Liga Europa: Gergasi Sepanyol mahu lakar sejarah

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERTEMUAN akhir dua gergasi Sepanyol antara pasukan Athletic Bilbao dan Atletico Madrid dijangka menarik apabila kedua-dua pasukan itu bertemu untuk pertama kali dalam persaingan Liga Europa di Arena Naionala Bucharest, Romania awal pagi esok.

Perlawanan akan berlangsung pada jam 2.40 pagi (waktu Malaysia).

Athletic Bilbao dan Atletico Madrid yang tidak pernah bertemu dalam persaingan Liga Eropah.

Bagaimanapun sejarah bakal tercipta kerana sekiranya Athletic Bilbao dinobatkan juara, ini merupakan kali pertama kelab itu akan menjulang gelaran tersebut setelah gagal melakukannya pada 1977.

Bagi Athletico Madrid pula, mempertahankan juara untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun merupakan azam pasukan kendalian Diego Simeone untuk mencipta sejarah tersendiri.

Bagi pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, kejayaan melangkah ke final adalah suatu kejayan yang luar biasa dan beliau sangat teruja melihat kesungguhan yang ditonjolkan oleh pasukannya ketika menewaskan Valencia 1-0 dalam aksi separuh akhir bulan lepas.

"Saya gembira dengan aksi pemain yang ditonjolkan, dan saya berharap mereka akan meneruskan kempen menakjubkan di final nanti untuk mencipta kejayaan sekali gus membuka mata banyak pihak di seluruh Eropah yang mempertikaikan kemampuan kami," tegas Simeone.

Pada masa sama, beliau turut teruja untuk bertemu Athletic Bilbao di final, terutamanya akan bersaing dengan rakan senegara, Marcelo Bielsa.

"Bilbao sebuah pasukan yang luar biasa. Namun kejayaan melangkah ke final tidak akan di sia-siakan oleh kami.

"Walapun saya dan Bielsa adalah kawan, namun di atas padang kami adalah lawan, malah setiap seorang dari kami mesti menerima salah satu keputusan antara menang ataupun kalah," tambah Simeone.

Sementara itu, berdepan dengan rakan senegara, pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa meletakkan peluang yang seimbang untuk kedua-dua pasukan memandangkan mereka tidak pernah bertemu selama ini.

"Kami tidak tahu corak perlawanan mereka macam mana, jadi bagi saya mana-mana pasukan yang dapat menyesuaikan diri lebih awal di atas padang semasa perlawanan nanti akan mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

“Tapi saya tidak nafikan pasukan Madrid adalah sebuah pasukan yang mantap, dengan beberapa pemain serangan yang bagus dan ia pasti menyukarkan, jadi kami tidak boleh pandang rendah dan harus berjuang berhabis-habisan nanti," kata Bielsa.

Bagaimanapun dengan memiliki banyak pengalaman ketika bermain dalam perlawanan sukar, serta mempunyai dua pemain yang memenangi Piala Dunia dalam kelab itu (Fernando Llorente dan Javi Martinez), Bielsa optimis pasukannya mampu menjulang juara musim ini.

BARISAN KEMUNGKINAN ATLETICO MADRID: 13-Thibaut Courtois, 6-Filipe Luis, 2-Diego Godín , 23-Miranda, 4-Mario Suárez, 11-Arda Turan, 22-Diego Ribas, 19-Koke, 20-Juanfran, 7-Adrián Lopez, 9-Radamel Falcao

BARISAN KEMUNGKINAN ATHLETIC BILBAO: 1-Iraizoz, 3-Jon Aurtenetxe Borde, 5-Amorebieta, 24-Javi Martínez, 15-Andoni Iraola, 21-Ander, 8-Iturraspe, 19-Munianin, 14-Susaeta, 9-Fernando Llorente, 28-Ibai Gomez.

Sinar Harian

Tiada ulasan: