23 Rejab 1433H. [MOD] -
Harap-harap laporan sebuah protal berita yang memetik akhbar The New York Pos mengenai bakal menantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak benar dan hanyalah satu gimik atau berita palsu yang sengaja diadakan-adakan untuk memalukan isteri perdana menteri dan keluarganya.
Berita dimaksudkan itu ialah mengenai lelaki warga Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, dikatakan terlibat dengan satu penipuan bapa tirinya untuk memiliki seunit kondominum bernilai AS20 juta (RM62 juta) serta memaslukan dokumen untuk memasuki universiti luar negara.
Maklumat itu terkandung dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan.
Berita ini ini benar-benar mengejutkan dan menjatuhkan air muka isteri persana menteri dan juga suaminya Ha Najib Razak. Secara tidak langsung juga berita berkenaan turut sama mengaibkan rakyat negara ini kerana beliau (Daniyer) bakal menjadi menantu kepada perdana menteri.
Dari sudut lain berita ini seakan memberi paku buah keras kepada Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan tidak menyukai menantunya seorang warga Malaysia kerana mempunyai status dan kedudukan tidak setaraf dengan anaknya yang menuntut di luar negara.
Beliau tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya dan juga telah melarang rakan-rakannya terdiri dari isteri vvip daripada menghadiri majlis perkahwinan yang dilangsungkan di PWTC itu.
Mana-mana para jemputan terdiri daripada vvip dikatakan menerima sms daripada Rosmah yang meminta jangan hadir majlis perkahwinan anaknya dengan pemuda tempatan itu. Mana-mana tetamu yang enggan mematuhi larangan itu diganggu di mana kereta mereka ada yang digores dan dirosakkan.
Isteri perdana menteri itu merasakan anaknya tidak layak berkahwin dengan anak seorang kuat Umno yang hanya berkelulusan dalam negeri dan merupakan seorang artis, penyanyi. Katanya Rosmah telah melarang dan marah kepada anaknya tetapi kerana cinta suci anaknya tidak menghiraukan larangan itu menyebabkan Rosmah tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya itu.
Tampaknya sekiranya berita dilaporan The New York itu benar ia bakal menjadi pengajaran kepada Rosmah Mansor dan ibu-ibu yang ego dan sombong agar tidak merendah-rendah atau memperlekehkan warga tempatan. Adalah diharap berita itu tidak benar dan isteri perdana menteri akan membuat penjelasan dengan segera.
Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan