23 Rejab 1433H. [MOD] -
Saingan Kumpulan A ketika ini semakin sengit dan terbuka kerana tiga pasukan iaitu Rusia, Republik Czech dan Poland berpeluang ke pusingan suku akhir Kejohanan Eropah edisi kali ini.
Setiap tiga pasukan itu wajib menang perlawanan seterusnya pada 17 Jun ini.
Pasukan Greece terpaksa menelan duka apabila mendapat laluan yang sukar untuk mara apabila tewas 2-1 ditangan Republik Czech awal pagi tadi.
Ini kerana mereka mampu mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan mereka seri 1-1 dengan Poland pada perlawanan pembukaan Jumaat lalu. Peluang mereka mungkin sudah berakhir setakat ini.
Mereka mungkin mengharapkan keajaiban dan perlu melayan kunjungan Rusia yang pastinya ingin mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Bagi pasukan Republik Czech, mereka lega dengan kemenangan buat pertama kali ini hasil jaringan Viclaf Pilar dan Petr Jirasek dengan membawa pulang tiga mata yang berharga.
Ia sekali gus mengelakkan mereka tersingkir awal dalam Kumpulan itu dan wajib menang dalam perlawanan menentang Poland nanti.
Pada keputusan sebentar tadi, tuan rumah bersama, Poland menampilkan permainan cemerlang apabila mengikat pasukan Rusia 1-1 di Warsaw. Mereka ketinggalan menerusi jaringan Alan Dzagoev dan kembali bangkit pada minit ke-57 menerusi Jakub Blaszczykowsl.
Mereka kini mengumpul dua mata dan dijangka akan bermain bermati-matian menentang Republik Czech selepas ini untuk tidak menghampakan penyokong-penyokong di bumi sendiri.
Rusia yang kini menghuni tangga teratas kumpulan mengumpul empat mata mensia-siakan peluang untuk layak ke suku akhir dengan lebih awal. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan keputusan di luar jangkaan berlaku nanti.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan