13 Jun 2012

IPO: Felda potong RM100 juta kebajikan peneroka

23 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Akibat dari usaha untuk penyenaraian (IPO) Felda Global Venture (FVGH), Felda telah mengurangkan perbelanjaan kebajikan untuk penerokanya sebanyak RM100 juta termasuk untuk pembinaan masjid.

Yang paling banyak menjadi mangsa adalah projek infrastruktor dimana bajetnya telah dikurangkan sebanyak 57 peratus berbanding bajet Felda tahun 2011.

Selain itu, yang menjadi mangsa adalah:

• Pembangunan Belia dan Generasi Dua dan Ketiga yang dikurangkan sebanyak 27 peratus.

• Insentif Produktiviti untuk Peneroka dikurangkan sebanyak 22 peratus.

• Hari Raya Bonus dikurangkan sebanyak 25 peratus.

• Pelan Insurans bagi peneroka dikurangkan sebanyak 25 peratus.


Demikian kata Wong Chen, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR dalam satu kenyataan medianya.

Semua butir-butir di atas adalah daripada Bajet rasmi Felda 2012, kata beliau.

Menurutnya, IPO FGVH menyebabkan pendapatan FELDA jatuh 64 peratus dan peneroka kehilangan RM100 juta bantuan kebajikan.

Semua ini diperolehi PKR menerusi analisis tentang kesan sosial dan kewangan peneroka akibat IPO (Initial public offering/ penyenaraian) FGVH.

"Analisis kami menunjukkan sebelum adanya FGVH, tiap-tiap tahun Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta setahun untuk kebajikan masyarakat peneroka.

"Perbelanjaan ini termasuk dana bagi infrastruktur jalan, masjid, padang bola, perumahan, pendidikan, insentif Hari Raya dan insurans," kata Wong Chen.

Pada tahun 2011, Felda telah membelanjakan RM424 juta untuk peneroka.

Walau bagaimanapun, bagi tahun 2012 Felda bercadang untuk memotong belajawan untuk peneroka dengan menyediakan RM326 juta.

Pengurangan belajawan ini amat besar, hampir RM100 juta potongan, beritahu beliau.

Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH, tegas beliau.

Katanya, apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH.

Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak.

Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64%.

Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta.

"Pada permulaannya kami telah mendedahkan durian runtuh yang terlalu kecil kepada peneroka, selepas itu pendedahan mengenai peruntukan saham yang memihak kepada bumiputera kaya.

"Kini peneroka sekali lagi ditindas dengan potongan kebajikan RM100 juta," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Harakah Daily

Tiada ulasan: