26 Jun 2012

F3: Jazeman unggul di England

6 Syaaban 1433H. [MOD] -

PELUMBA Jazeman Jaafar kekal tangga teratas kedudukan pemandu keseluruhan selepas berjaya dengan dua gelaran naib juara dan tempat keenam dalam pusingan kelima British F3 International Series di Brands Hatch, Kent, England.

Jazeman yang beraksi bagi pasukan Carlin berjaya pamer aksi cemerlang dengan berada kedudukan enam pelumba terbaik di setiap perlumbaan selain konsisten sekurang-kurangnya satu kedudukan podium bagi setiap pusingan.

Pada perlumbaan pertama, pelumba Program Bakat Petronas ini bermula baik, namun gagal memintas rakan sepasukan Jack Harvey yang bermula di petak pertama.

Bagaimanapun dalam perlumbaan terakhir, Jazeman sekali lagi bermula dengan baik dan berada di kedudukan kedua bersamasama dengan Harvey yang berada di kedudukan pertama, namun beliau gagal mencari peluang untuk merapatkan diri sekali gus memintas Harvey menyaksikan kedudukan kedua-dua pelumba ini kekal sehingga ke garisan penamat.

"Dua kedudukan podium ini begitu bermakna untuk saya terus kekal mendahului kedudukankeseluruhan, Jack (Harvey) mempunyai banyak kelebihan pada perlumbaan kali ini dan saya gagal mengejarnya," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: