6 Syaaban 1433H. [MOD] -
PEMAIN tengah Sepanyol, Cesc Fabregas menyifatkan pasukannya bakal diberikan tentangan sengit oleh Portugal yang memiliki beberapa pemain berkualiti dalam saingan separuh akhir, awal pagi Khamis ini.
Pemain yang menjaringkan gol pertama untuk La Roja dalam kejohanan Euro 2012 ketika menentang Itali di peringkat kumpulan C ini berkata, berhadapan dengan anak buah Paulo Bento sememangnya berlainan berbanding ketika menewaskan Perancis.
“Portugal sememangnya berlainan, mereka mempunyai kekuatan individu, corak serangan balas pantas dan bekerja keras untuk memenangi setiap perlawanan.
“Mereka ada Cristiano Ronaldo, Nani, Raul Meireles, Joao Moutinho, dan semua pemain ini bagus,” katanya. Bekas pemain Arsenal yang kini bersama Barcelona berkata, pasukannya telah bersedia menghadapi Portugal dan yakin mampu melangkah ke peringkat akhir.
“Kami perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan dan melangkah ke final. Rakan-rakan dalam pasukan kini telah bersedia untuk melakar kemaraan buat kali kedua berturutturut beraksi di pentas akhir Euro.
“Portugal hebat, begitu juga kami dan ia akan ditentukan dalam perlawanan separuh akhir nanti. Kami percaya mampu kalahkan mereka,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan