6 Syaaban 1433H. [MOD] -
PEMAIN tengah pasukan Jerman, Bastian Schweinsteiger tidak mempunyai masalah sekiranya tidak disenaraikan Joachim Low dalam kesebelasan utama menjelang perlawanan separuh akhir menentang Itali, awal pagi Jumaat ini.
Menurutnya, untuk diturunkan beraksi dalam skuad utama, sudah tentu memerlukan pemain yang bebas daripada kecederaan dan menunjukkan persembahan konsisten. “Sekiranya jurulatih membuat keputusan untuk tidak menurunkan saya sebagai pemain utama, itu tidak menjadi masalah buat kerana saya akui masih belum cergas sepenuhnya,” katanya.
Schweinsteiger berkata, pasukannya mempunyai ramai pemain berkualiti dan mampu mengalas tugas sekiranya diturunkan untuk beraksi. “Kami mempunyai Mario Gomez, Lukas Podolski dan Thomas Muller yang sememangnya diketahui mampu melakukan sesuatu untuk pasukan.
“Ketika menentang Greece, beberapa perubahan pemain dilakukan dan akhirnya kami memenangi perlawanan berkenaan.
“Pemain seperti Marco Reus, Jorome Boateng, Andre Schurrle dan iroslav Klose turut membarisi Jerman dan kesemua mereka juga penting dalam menentukan kejayaan pasukan,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan