6 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Phesal Talib (gambar) kerana dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu.
Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Setiausaha di Kementerian WP pada tahun 2007 yang lalu dilantik menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 15 Julai ini.
Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad berkata pihaknya berharap agar perlantikan Ahmad Phesal akan dapat memperkuatkan organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nanti apatah lagi setelah menerima tekanan hebat berikutan Himpunan Bersih 3.0.
“Semoga dengan perlantikan beliau ini, beberapa krisis dan isu yang melanda Kuala Lumpur seperti isu Kg. Baru, isu penjaja haram, isu banjir dan banyak lagi isu setempat dapat ditangani dengan berhemah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPWP juga berharap agar beliau dapat bekerjasama dengan semua pihak termasuklah DPPWP bagi menangani masalah-masalah di Kuala Lumpur ini.
Katanya, pelbagai pertemuan dan dialog di antara pihak DBKL bersama DPPWP amatlah dialu-alukan.
“DPPWP akan terus berusaha bagi membantu pihak DBKL untuk bersama-sama membangunkan kemajuan di bumi Kuala Lumpur ini. Tahniah Datuk Ahmad Phesal Talib,” ujarnya.
Harakah Daily
1 ulasan:
adakah UBN akan lantik orang yang mungkin akan bekerjasama dgn PR???..jgnlah menjala angin sebabnya jauh pangang dari api..tengoklah KSN..belum panas kerusi lagi sudah buat kenyataan berat sebelah....
Catat Ulasan