6 Syaaban 1433H. [MOD] -
ANDAI Andrea Pirlo gagal menyempurnakan penalti ketiga Azzurri, dia boleh dianggap sebagai musuh nombor satu Itali.
Ini kerana, jaringan lambung tidak bermayanya mengundang bahaya tatkala pasukannya ketinggalan 1-2 selepas sepakan Riccardo Montolivo tersasar.
Namun ketenangan Pirlo menyumbat gol penyamaan itu menyuntik semangat rakan sepasukannya sehinggalah tiba giliran Alessandro Diamanti menyumbat gol kemenangan, sekali gus membawa Itali ke pusingan separuh akhir.
"Joe Hart lakukan beberapa aksi pelik. Jadi, bila dia melayangkan badan saya ambil keputusan untuk menyepak bola itu secara bersahaja.
Saya tidak akan melakukan tendangan itu jika tiada keyakinan," katanya. Sementara itu penjaga gol, Gianluigi Buffon mengakui gementar dan tidak sedia berhadapan dengan penentuan penalti kerana yakin Itali mampu tamatkan aksi 90 minit.
"Saya fikir kami boleh menang pada masa sebenar permainan kerana kami mendominasi perlawanan. Sebaik penalti Montolivo tersasar, saya berfikir untuk selamatkan seberapa banyak percubaan England dan nasib menyebelahi saya," katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan