29 Mac 2012

Abalone 2.6 tan dilelong

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

CAPE TOWN - Sejumlah abalone kering seberat 2.6 tan yang dirampas di Hong Kong tetapi dihantar semula ke Afrika Selatan akan dilelong di sini.

Abalone merupakan sejenis siput yang boleh dimakan merupakan makanan enak yang dijual pada harga tinggi di timur Asia dan dikatakan boleh merangsang nafsu seks.

Jurucakap Jabatan Perikanan Afrika Selatan, Lionel Adendorf berkata kelmarin, hasil lelongan abalone itu akan digunakan untuk membiayai usaha bagi melindungi sumber marin negara ini.

Abalone yang dirampas di Hong Kong itu telah diperoleh secara haram dari Afrika dan bernilai AS$2 (RM6.13 juta).

Rampasan itu dilakukan selepas pihak berkuasa negara ini meminta Hong Kong untuk menghantar semula abalone yang berasal dan diperoleh secara haram di Afrika Selatan.

Abalone dieksport secara haram dan dihantar ke Hong Kong menerusi sebuah kapal.

Seorang lelaki telah ditangkap di Hong Kong berhubung penghantaran itu dan dia didenda AS$45,000 (RM137,956).

Bilangan abalone semakin berkurangan di negara ini kerana permintaannya yang tinggi di Asia.

Abalone tergantung pada batu dan ia mudah ditemui di kawasan air cetek menyebabkan para penyelam mudah mengutipnya dengan menggunakan pisau. - Agensi

Tiada ulasan: