29 Mac 2012

Bapa Mohamed Merah mahu saman kerajaan Perancis

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PARIS - Bapa kepada Mohamed Merah telah melantik seorang peguam kelahiran Algeria untuk menyaman pasukan polis khas Perancis ekoran kematian anaknya dalam satu kepungan ekoran kematian tujuh orang, minggu lalu.

Mohamed Merah, 23, dilaporkan membunuh tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak di selatan Perancis sebelum dia ditembak mati selepas polis mengepungnya di sebuah apartmen minggu lalu.

Peguam Zahia Mokhtari dari Algeria memberitahu media Perancis bahawa Mohamed Benalal Merah menganggap anaknya dibunuh.

Abang Mohamed Merah kini ditahan polis.

AKAN MENYUSUL

Sinar Harian

Tiada ulasan: