6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
TANJONG KARANG - Polis memohon kerjasama dan bantuan waris atau ahli keluarga kepada mayat wanita lingkungan umur 25 hingga 35 tahun yang ditemui di Kampung Bagan Pasir.
Ketua Balai Polis Tanjong Karang, Sub Inspektor Noordin Othman berkata, mayat yang disangka anak patung ditemui penduduk itu dipercayai berbangsa Melayu dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia berdasarkan suntikan cacar di bahu kirinya.
“Mayat dengan berketinggian 146 sentimeter itu dikenal pasti mempunyai gigi palsu sebelah atas kiri, berpakaian baju lengan pendek berwarna ungu bercorak putih di bahagian hadapan dan warna ungu di bahagian belakangnya.
“Ketika mayat itu ditemui, polis mendapati mangsa tidak memakai seluar atau kain dan memiliki jam tangan bertali logam berjenama ‘Flexi Time’, cincin logam berwarna putih dan memakai anting-anting manik,” katanya.
Noordin berkata, jenazah masih di Bilik Mayat Hospital Tanjong Karang dan masih belum dituntut mana-mana individu atau ahli keluarga.
“Polis menasihatkan kepada waris ataupun sesiapa yang mengenali jenazah ini agar dapat tampil untuk membantu siasatan selain menyempurnakan jenazah segera,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi polis di Balai Polis Tanjong Karang di talian 03-32698222 untuk maklumat lanjut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan