6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KOTA TINGGI – Operasi mencari warga emas berusia sekitar 60-an yang hilang di Sungai Johor pada kejadian Isnin lalu akhirnya dihentikan setelah mayat mangsa ditemui kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian jam 4.15 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa timbul pada jarak kira-kira 200 meter ke hilir dari tempat mangsa dilihat kali terakhir turun ke sungai jam 3.10 petang 26 Mac lalu.
Menurutnya, terdapat seberkas kunci dan seunit kereta kawalan jauh serta sekeping kad ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan penama Lim Ah Beng pada saku seluar mangsa.
“Kita akan meminta kerjasama pihak BSN untuk mengesan maklumat penama itu. Malah kita juga tidak menolak andaian mangsa hidup sebatang kara kerana setakat ini tiada laporan kehilangan waris yang diterima,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain seramai 24 lelaki warga asing ditahan di Kampung Punggai, Sungai Rengit semalam yang mana 14 orang terdiri daripada warganegara Afghanistan, 3 Pakistan dan 7 lagi warganegara Sri Lanka.
Menurut Che Mahazan, tangkapan yang dilakukan anggota polis Balai Sg Rengit itu mendapati 16 daripada mereka tiada dokumen perjalanan yang sah manakala selebihnya memiliki dokumen yang sah.
“22 berjaya ditahan pada jam 1 pagi semalam yang mana hasil pemeriksaan yang dilakukan seramai 14 warga Afghanistan didapati tiada dokumen sah berserta seorang lelaki Pakistan. Manakala 2 lelaki Pakistan serta 5 lelaki warganegara Sri Lanka yang turut sama ditahan mempunyai dokumen yang sah.
“Tangkapan susulan yang dilakukan di Kg Punggai pada jam 7 pagi berjaya menahan seorang lelaki Sri Lanka mempunyai dokumen sah dan pada tangkapan seterusnya seorang lagi warganegara Sri Lanka ditahan dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Berikutan penahanan itu jumlah tangkapan keseluruhan adalah seramai 24 orang dan kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi. Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2007,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan