6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
SUBANG JAYA – Tabung adik Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, menghidap lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit terus mendapat perhatian pelbagai pihak.
Terkini, tabung ini menerima sumbangan RM30,000 daripada anak syarikat Kerajaan Negeri(GLC) Selangor.
Sumbangan tersebut mewakili Pemerbadanan Menteri Besar Incorporated (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang disampaikan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor
(Pekawanis), Puan Sri Salbiah Tunut kepada ibu Mawar, Sahida Ramli, di kediamannya, di sini, semalam.
Turut serta menziarahi keluarga adik Mawar, Ketua Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omar; Pegawai Eksekutif (MBI),Rohany Talib; Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha.
Bapa Mawar, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, bersyukur dan terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak menghulurkan sumbangan bagi menampung rawatan pembedahan anaknya yang dijadualkan 3 April ini, di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
“Saya sangat berterima kasih di atas segala sumbangan, termasuk nasihat, doa dan sokongan orang ramai buat kami sekeluarga menghadapi ujian ini. Hanya ALLAH yang dapat membalasnya,” katanya.
Sehingga petang semalam, sumbangan orang ramai yang diterima melalui akaun Maybank dan Bank Islam buat Mawar berjumlah RM11,375.00 menjadikan jumlah terkumpul setakat ini RM41,375.00.
Menurut Farid, sumbangan ini juga diharapkan dapat digunakan untuk rawatan susulan dan kos fisioterapi yang perlu dijalani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Katanya, lumpuh otak dideritai Mawar memerlukan rawatan fisioterapi yang kerap, untuk memastikan badannya kekal berfungsi.
Menurut Farid lagi, beliau mengharapkan pembedahan tersebut dapat menyembuhkan anaknya, yang sering menangis akibat kesakitan yang dialaminya.
Difahamkan Mawar akan ditahan sehari lebih awal, sebelum menjalani pembedahan pada 3 April ini.
Sinar Harian pada 23 Mac lalu melaporkan Mawar, yang lumpuh otak memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos rawatan pembedahan merawat penyakit jantung berlubang dan injap jantung sempit di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
Kesempitan hidup yang dialami Sahida dan suaminya, Farid Alsuwad tidak berkemampuan menyediakan jumlah sebanyak itu bagi menjalani pembedahan segera.
Sahida berkata, lumpuh otak yang dihidapi anaknya sejak dua minggu dilahirkan, mempunyai peluang tipis untuk kembali normal seperti kanak-kanak lain.
Justeru, pembedahan pada 3 April ini akan merawat injap jantung sempit dan jantung berlubang yang dihidapinya sejak bayi.
Tambahnya, Mawar perlu menjalani pembedahan segera atas nasihat doktor disebabkan keadaan kesihatannya yang baik setakat ini.
Secara fizikalnya, Mawar yang berusia dua tahun kelihatan seperti bayi berusia lima bulan dengan berat hanya 6.8 kilogram sahaja.
Ditambah dengan sakit yang dihidapinya, Mawar hanya boleh diberikan bijirin halus sebagai makanan harian dan susu khas berharga RM80 setin yang di luar kemampuan keluarganya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan