6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
“GOL awal Sime Darby membuatkan semangat pemain saya tersentak,” demikian kata jurulatih Johor FC, K Devan.
Menurutnya, bukan itu sahaja, ketumpulan jentera serangan memburu sebarang jaringan membuatkan skuad pimpinannya terpaksa berpuas hati tewas kiraan agregat 3-5.
“Kami bekerja keras dan menampilkan aksi penuh bertenaga. Malangnya, nasib memang bukan milik kami tahun ini.
“Malah, pemain saya membenarkan Patrick Ronaldinho Wleh meledak dua gol, sekali gus mengakhiri cabaran Johor FC bagi kempen kali ini,” katanya yang agak kecewa berikutan gagal mara peringkat fasa empat terakhir Piala FA.
Sementara itu, Devan tidak berminat melakukan rombakan pada pertembungan dengan Terengganu, Sabtu ini. Sebaliknya, dia ingin mengekalkan barisan pemain sedia ada.
“Cuma, ada seorang dua pemain diberi rehat kerana agak kepenatan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan