6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris menggesa anak buahnya, mengekalkan momentum kemenangan pada pertemuan berdepan Johor FC dalam kempen Liga Super di gelanggang sendiri, Sabtu ini.
Namun, sesuatu yang meresahkan Mat Zan adalah terdapat beberapa pemain mengalami kecederaan dan hukuman penggantungan perlawanan.
“Manaf Mamat masih belum sembuh, manakala penyerang, Francis Forkey Doe pula digantung satu perlawanan akibat mengumpul dua kad kuning.
“Tetapi, itu bukan alasan kerana saya yakin mereka mampu meneruskan rentak kemenangan di Liga Super,” katanya.
Sementara itu, skuad Penyu mengesahkan laluan ke separuh akhir Piala FA dengan kiraan agregat 1-0, walaupun seri tanpa jaringan selepas diikat Lions X11 di Jalan Besar malam kelmarin.
Penyandang juara Piala FA itu bakal menanti kunjungan Sime Darby pada 21 April depan menjelang aksi timbal balik pertama dan Mat Zan enggan pemainnya mengambil mudah pertemuan berkenaan biarpun lawan hadir dari pasukan Liga Perdana musim ini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan