29 Mac 2012

Google Maps Malaysia memudahkan perjalanan

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Google Malaysia hari ini memperkenalkan tiga penambahan utama kepada Google Maps, membolehkan pengguna di Malaysia merancang dengan lebih baik perjalanan mereka dan mencari maklumat tepat masa.

Penambahan itu adalah dua lapisan baharu, Traffic dan Transit, serta antara muka Bahasa Malaysia.

Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia berkata, dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna.

"Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar.

"Lapisan baharu ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka,” katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Transit menyediakan maklumat mengenai perjalanan menerusi sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.- BERNAMA

Tiada ulasan: