6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PULAU TIKUS-Seorang warga emas dipercayai berada bawah pengaruh alkohol maut dalam satu kemalangan awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Kejadian jam 1.30 pagi itu berlaku di Jalan Mount Erskine ketika mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan mabuk kerana bau minuman keras pada pakaian mangsa.
“Motosikalnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia.
“Mangsa maut disebabkan kecederaan serius terutama di bahagian kepala,” katanya kepada media, kelmarin.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui tertiarap oleh orang awam yang melalui tempat kejadian. Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan