6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KULIM - Seorang penganggur ditemui mati tergantung di pintu dapur rumahnya di Taman Selasih kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Anak sulung mangsa, Leong Min Chui,20, berkata, bapanya
Leong Kok Khong, 50, ditemui tergantung ketika dia bangun tidur kerana hendak ke tandas kira-kira jam 4 pagi.
“Sebaik saja bangun, saya merasakan keadaan ketika itu pelik kerana lampu di ruang tamu masih terpasang. Namun, saya tak mengesyaki apa-apa.
“Saya kemudiannya pergi ke dapur dan ternampak seakan ada lembaga di pintu lalu terus mengejutkan adik saya sebelum membuka lampu.
“Alangkah terkejutnya, saya sangkakan lembaga sebaliknya bapa saya yang tergantung,” katanya.
Menurutnya, bapanya itu sebelum ini mengalami tekanan setelah bercerai dengan ibunya beberapa tahun lalu.
“Bapa saya juga tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya mendiamkan diri dan suka duduk berseorangan.
“Dia tidak bekerja dan kami tiga beradik disara oleh bapa saudara kami,” katanya.
Ketua Balai Polis Kulim, Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu kira-kira jam 4 pagi dan sampai ditempat kejadian kira-kira jam 4.15 pagi.
Dari siasatan awal mendapati mangsa memang dibekalkan dengan ubat penenang supaya tidak bersikap agresif.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.
Hasil pembedahan mendapati mangsa mati terjerut dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut kerana tidak ada sebarang unsur jenayah berlaku terhadap kematian mangsa.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan