6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Angkara dendam lama, seorang penoreh getah nyaris maut apabila ditetak oleh lelaki yang dikenalinya di Kampung Gelam Pasir Mas di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tersebut mangsa, Mohd Azmi Abdul Rahman, 32, cedera parah di kepala setelah ditetak menggunakan parang ketika dalam perjalanan ke rumah saudaranya selepas membaiki motosikalnya.
Isterinya, Nor Wahida Mamat, 26, berkata, dia yang berada di rumahnya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh salah seorang jirannya kebetulan melalui jalan terbabit dan terus bergegas ke tempat kejadian sebelum suaminya dihantar ke Hospital Lati.
Nor Wahida berkata, lelaki terbabit dikatakan pada mulanya memukul Mohd Azmi dengan menggunakan topi keledar selepas menahan motosikal suaminya yang ketika itu menunggang bersendirian.
“Selepas terjatuh lelaki berkenaan menetaknya menggunakan parang dan suami saya cuba mempertahankan diri dengan mencapai kayu berhampiran tempat kejadian tetapi tidak berjaya,” katanya ketika ditemui semalam.
Mohd Azmi yang cedera parah di kepala dan calar di badan serta tangan itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.
Nor Wahida memberitahu, kejadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan dendam lama lelaki tersebut, kerana dua tahun lalu suaminya pernah menghalang pergaduhan antara dia dengan saudara maranya.
Nor Wahida mendakwa selepas itu, keluarganya pernah diganggu dan ekoran kejadian itu suaminya mencuba menyerang balas lelaki terbabit tetapi tidak berhasil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan