6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
JAKARTA: Pasukan petugas antipornografi Indonnesia akan mengambil tindakan terhadap wanita yang memakai skirt di atas paras lutut kerana menyifatkan pakaian sedemikian mempunyai unsur pornografi.
Menteri Hal Ehwal Agama, yang juga pengerusi pasukan petugas itu Suryadharma Ali, berkata definisi itu akan digunapakai di semua wilayah di negara ini, tanpa mengira latar belakang budaya pemakainya.
"Kami belum menetapkan tarif standard tentang pornografi yang akan dijadikan asas dalam menunaikan tangungjawab kami.
"Bagaimanapun, satu set kriteria universal perlu ada untuk menakrifkan sesuatu itu mempunyai unsur pornografi atau tidak dan antaranya ialah apabila seseorang wanita memakai skirt di atas paras lutut," kata Suryadharma yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post pada Khamis.
Ditanya sama ada pasukan petugas itu akan bertolak ansur dengan wanita yang tinggal di wilayah bukan Islam seperti Bali dan Papua, beliau berkata pasukan petugas berkenaan akan memastikan peraturan itu dilaksanakan secara menyeluruh.
"Saya sedar sesetengah bahagian negara ini mempunyai budaya yang unik seperti Bali dan Papua. Tapi, kami rasa kami perlu menetapkan satu kriteria yang bersifat menyeluruh untuk dilaksanakan di semua bahagian kepulauan ini. Mewajibkan wanita memakai skirt yang labuh hingga ke bawah bahagian lutut adalah antara kriterianya," kata beliau.
Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan segera daripada ahli politik dan aktivis masyarakat.
Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Priyo Budi Santoso berkata Suryadharma bersikap melampau dalam membuat takrifan tentang pornografi.
"Ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan anggota dewan. Saya fikir, pasukan petugas itu tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan mengenai skirt wanita. Saya rasa takrif mengenai pornografi perlu dibuat berasaskan prinsip bagaimana manusia sepatutnya menjaga tingkah laku masing-masing," kata beliau.
Sementara itu, Timbalan Ketua Suruhanjaya Nasional Mengenai Keganasan Terhadap Wanita Masruchah mengutuk cadangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang mencabuli hak wanita.
"Norma dan etika sudahpun wujud dalam setiap komuniti. Orang sudah tahu apa yang sepatutnya mereka pakai, di mana dan bila," katanya yang dipetik akhbar harian Jakarta Globe hari ini.
Masruchah berkata kerajaan perlu menghormati kepelbagaian budaya serta agama rakyat negara ini dan menegaskan bahawa gangguan serta serangan seksual tidak mempunyai kaitan dengan kewujudan bahan pornografi atau pakaian wanita.
"Data mengenai kes rogol menunjukkan ia tiada kaitan dengan cara wanita berpakaian. Ramai juga wanita yang menjadi mangsa rogol berpakaian secara konservatif," katanya.
Pasukan petugas itu ditubuhkan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 13 Mac lepas untuk melaksanakan Undang-undang Pornografi 2008 dan diberi mandat membanteras kegiatan pengedaran bahan pornografi. -BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan