6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
BESUT - Dua sahabat mati lemas ketika cuba menyelamatkan pelancong asing yang dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil, kira-kira jam 4 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dua mangsa yang maut adalah rakan sekerja dari sebuah syarikat perkhidmatan laman sesawang untuk jabatan kerajaan di Kuala Lumpur.
Menurutnya, mangsa yang lemas adalah Ahmad Salman Reza Mohd Zali, 27, alamat di Seksyen 10 Wangsa Maju, Setapak Kuala Lumpur dan rakannya Mohd Nazrol Haniff Sobani, 26, dari Jalan Taman Melati, Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun polis belum dapat mengesahkan status pelancong asing itu sama ada dia lemas atau tidak manakala usaha mencari dihentikan petang semalam kerana hari gelap,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa dikatakan lemas apabila tiba-tiba dihanyutkan ke tengah laut oleh arus deras ketika cuba menyelamatkan pelancong asing yang mandi di situ.
Katanyakedua-dua mangsa bersama lima rakannya tiba di pulau itu kira-kira jam 10.30 pagi semalam dari Kuala Lumpur, mengikuti pakej percutian tiga hari dua malam sebelum keluar mandi bersama rakan-rakan di tempat kejadian pada jam 3 petang.
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan