6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
RAWANG - Mangsa simbah asid, S Rani, 46, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang.
Keadaan mangsa kini stabil namun kulit muka, badan, tangan dan paha mangsa melecur serta badannya membengkak dipercayai kesan daripada simbahan asid.
Sementara itu, suami S Rani, Murugan ketika dihubungi bagaimanapun belum bersedia untuk memberikan maklumat lanjut kerana masih dalam keadaan terkejut.
Dalam kejadian pagi kelmarin itu, mangsa dilaporkan diragut di perhentian bas di sini oleh dua lelaki.
Tindakan mangsa yang melawan menyebabkan suspek bertindak menyimbah asid ke mukanya.
Turut terkena percikan simbahan asid itu ialah seorang pelajar tingkatan 2, Nuraqilah Osman yang kebetulan menunggu bas di perhentian sama.
Nuraqilah ketika menceritakan kejadian itu berkata, kelewatannya menunggu bas seperti biasa membawa pengalaman ngeri dalam hidupnya.
“Kebiasaannya saya menunggu bas sekitar jam 6.40 pagi bagaimanapun pada hari tersebut saya lewat ke sekolah dan tiba di perhentian bas kira-kira jam 7 pagi,” katanya.
Menurutnya, sewaktu sampai di situ, dua lelaki India dalam keadaan mencurigakan berada di tempat kejadian.
“Ketika tiba, hanya dua suspek dilihat seolah-olah sedang menunggu bas sebelum beberapa pelajar lain tiba termasuk mangsa ragut (Rani) tiba.
“Suspek dilihat bertanyakan sesuatu kepada mangsa (Rani) sebelum meragut rantainya dan suspek terus bertindak menyimbah asid ke mukanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Nuraqilah berkata, dia yang kebetulan duduk bersebelahan mangsa bernasib baik kerana sempat memalingkan badan menyebabkan percikan asid terkena belakang badannya.
“Kejadian itu menyebabkan bahagian belakang badan dan jari kanan saya melecur,” katanya kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina San Yuk dan berjaya meloloskan diri.
Sementara itu bapa mangsa, Osman Beli Sali yang kebetulan ingin menghantar dua lagi adik mangsa ke sekolah terserempak dan terkejut melihat Nuraqilah berjalan kaki menuju pulang ke rumah dalam keadaan menangis menahan kesakitan.
“Nuraqilah maklumkan terkena simbahan asid dan mendapati belakang tudung dan bajunya terdapat kesan terbakar.
“Saya terus menghantar anak saya ke Hospital Selayang dan doktor memaklumkan tidak mengalami kecederaan serius sebelum membuat laporan polis pada hari tersebut,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan