6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU - Seramai 27 buruh binaan warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor atas pelbagai kesalahan dalam satu serbuan di sebuah tapak pembinaan sebuah sekolah di Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam.
Mereka yang merupakan warga Indonesia dan Bangladesh itu ditahan dalam Ops 6P sekitar jam 11.40 pagi berakhir dua jam kemudian, yang disertai 25 anggota serta pegawai.
Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Johor, Amzari Abdul Jalil berkata, seramai 24 warga asing yang ditahan adalah rakyat Indonesia, manakala selebihnya adalah warganegara Bangladesh berusia 20 hingga 41 tahun.
“Ketika pasukan penguatkuasa menyerbu masuk ke tapak pembinaan itu, mereka yang sedang sibuk membuat kerja pembinaan bertempiaran melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
“Bagaimanapun, dalam tempoh kurang daripada sejam, seramai 66 warga asing ditahan dan diperiksa. Hasilnya, 27 daripada yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya.
Amzari berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 26(a) Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
“Melalui siasatan awal, kebanyakan mereka masuk ke negara ini tanpa sebarang permit dan terdapat juga yang menetap lebih dari masa yang ditetapkan selain kesalahan menyalahgunakan pas,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan