29 Mac 2012

Suku akhir: Bayern selesa, AC Milan-Barcelona 'sakit'

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BAYERN Munich menang selesa dalam pertemuan dengan Marseille, sekali gus memperkukuhkan langkah mara ke separuh akhir persaingan Liga Juara-juara.

Pasukan Jerman itu menjaringkan dua gol tanpa balas dalam pertemuan yang berlangsung awal pagi ini.

Jaringan Mario Gomez meletakkan Bayern Munich di depan manakala gol susulan menerusi Arjen Robben membolehkan ia menang 2-0, yang memiliki peluang cerah untuk beraksi di separuh akhir.

Pemenang dijangka akan bertemu dengan Real Madrid dalam separuh akhir.

Real Madrid juga telah memperkukuhkan kedudukan di separuh akhir dengan kemenangan 3-0 ke atas Apoel Nicosia, semalam.

Dalam pada itu, AC Milan dan Barcelona melengkapkan perlawanan pusingan pertama suku akhir seri tanpa jaringan.

Oleh itu, Barcelona perlu menewaskan AC Milan di Nou Camp untuk memastikan ia memperoleh satu tiket di peringkat suku akhir.

AKAN MENYUSUL

Sinar Harian

Tiada ulasan: