6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
BADAN induk bola sepak Eropah, Uefa akan mengumumkan nasib pengurus Arsenal, Arsene Wenger hari ini – yang ketiga dalam setahun – ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar terhadap pengadil ketika kelabnya menentang AC Milan dalam Liga Juara-juara awal bulan ini.
Wenger dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadilan Damir Skomina dari Slovenia, yang didakwa memihak kepada AC Milan.
Kes Wenger akan ditentukan oleh panel disiplin Uefa di Nyon walaupun pengurus Gunners itu sedang membuat persediaan untuk perlawanan antara Arsenal dengan Queens Park Ranger, Sabtu ini.
Dalam perlawanan itu, meskipun Arsenal mencatat kemenangan 3-0, namun secara agregatnya mereka tidak layak ekoran kekalahan 4-0 di tempat lawan.
Wenger pernah berhadapan dengan hukuman Uefa tahun lalu.
Ketika itu beliau melahirkan kritikan ke atas pengadil Massimo Busacca selepas gagal di tangan Barcelona, sekali gus terkeluar dari persaingan Liga Juara-juara.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan