13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
TAMAN MEDAN - Seorang lelaki cedera teruk selepas didakwa dipukul oleh orang upahan majikannya di sebuah pusat perjudian haram di Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC), baru-baru ini.
Mangsa, Mohd Fadzil Razali, 32, berkata, pada hari kejadian jam 2.30 pagi, dia berjumpa dengan majikannya di Restoran Lotus PJ State berhubung urusan kerja.
Menurutnya, ketika majikannya pergi ke tandas, tiba-tiba sekumpulan lelaki datang kepadanya dan dibawa dengan kereta ke PJCC tanpa diberitahu tujuan sebenar.
“Apabila sampai ke sebuah premis pusat perjudian di PJCC, saya didatangi sekumpulan lelaki lain dan memukul saya tanpa sebab.
“Saya cuba berlawan tetapi tidak mampu kerana mereka ramai dan bersenjata sedangkan saya hanya tangan kosong.
“Saya dipukul dengan tukul besi dan kunci motosikal sehingga saya mengalami pendarahan teruk di kepala, ibu jari dan seluruh badan, kepala saya luka teruk namun mujurlah pada pergelutan itu, saya sempat menahan dengan tangan bagi melindungi kepala saya dari dipukul dengan lebih teruk lagi,” katanya yang bekerja sebagai pembantu majikannya di pusat perjudian haram di Taman Sri Manja, Petaling Jaya.
Fadzil berkata, selepas ditahan dan dipukul hampir lima jam, kemudiannya kumpulan samseng tersebut t membawanya ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memberi rawatan berikutan luka yang teruk sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) .
Ditanya mengapa beliau dipukul oleh majikannya, Fadzil berkata, ia mungkin disebabkan sebelum ini terdapat perselihan faham antara dia dengan majikannya apabila diminta menaikkan gajinya.
Katanya, beliau juga dituduh oleh majikannya bersubahat dalam kes samun di salah satu premis pusat perjudian majikannya sedangkan dia tidak tahu menahu dalam perkara ini.
“Majikan saya dan pusat perjudian ini seolah-olah tidak boleh disentuh kerana terdapat kira-kira 30 premis pusat perjudian haram antaranya di Taman Maju Jaya, Taman Sri Manja dan PJCC,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Sementara itu, IPD Petaling Jayaketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan