13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PANTAI REMIS - Sebanyak 369 bot nelayan tidak dapat turun ke laut kerana bekalan diesel subsidi tidak mencukupi.
Pengerusi nelayan Panchor Teng Foo Li berkata, bekalan diesel yang diberikan setiap bulan tidak mencukupi menyebabkan nelayan terputus pendapatan.
Menurutnya, bekalan diesel yang diberikan pada 18 Mac lalu sudah kehabisan dan bekalan pada 1 April lalu pula jumlahnya terlalu sedikit.
“Mereka membekalkan diesel dalam jumlah sedikit menyebabkan kami tidak dapat turun ke laut kerana tiada minyak untuk menggerakkan bot.
“Kami terpaksa berhenti ke laut menyebabkan punca rezeki kami terputus,” katanya ketika ditemui semasa perhimpunan nelayan, di sini, semalam.
Foo Li berkata, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera terhadap masalah mereka kerana melibatkan sumber pendapatan.
Jelasnya, nelayan tidak mampu membeli diesel sendiri kerana dan jika tiada diesel maka pendapatan mereka juga tidak ada.
“Perkara ini sudah diusulkan pada pihak berkenaan tetapi masih tidak ada jalan penyelesaian yang dapat membantu kami,” katanya.
Pihaknya berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan segera supaya mereka dapat mencari rezeki semula.
Sebagai makluman, di Panchor terdapat 146 bot kelas A, 117 bot kelas B dan 106 bot kelas C milik nelayan.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan