05 April 2012

Seedorf pertikai keputusan Kuipers

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MEMPERTIKAIKAN sepakan penalti kedua diberikan pengadil, Bjorn Kuipers kepada Barcelona pada separuh masa pertama dalam pertemuan timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Camp Nou semalam, Clarence Seedorf menyifatkan Kuipers melakukan kesilapan.

Akur terkeluar daripada saingan liga, pemain tengah Rossoneri itu bagaimanapun tetap tidak berpuas hati dan dilihat memberi komen kepada media selepas tamat perlawanan.

“Sekiranya permainan tersebut batal, dia (Kuipers) sepatutnya perlu menghentikan perlawanan dan bukan memberikan penalti. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam pertemuan penting seperti ini,” katanya.

Tewas 1-3 kepada Blaugrana selepas seri 0-0 pada perlawanan pertama di San Siro, Barcelona dilihat mampu meneruskan saingan sehingga ke perlawanan akhir, memandangkan pasukan underdog sahaja menunggu di Allianz Arena, Munich.

Sinar Harian

Tiada ulasan: