13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KAMPUNG TELAGA GERAI – Seorang suri rumah nyaris maut ditimpa pokok tumbang dalam kejadian angin kencang yang berlaku petang kelmarin.
Sekiranya terlewat dua minit sahaja pasti Zarina Mat Yaakub, 37, menjadi mangsa korban ribut bersama bayinya, Nur Faizatul Nadia Amani, 5 bulan.
Suaminya, Azhar Mat Ali,40, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan hanya isteri dan bayinya berada di rumah ketika itu.
“Ketika kejadian, isteri saya sedang berada di tangga rumah dan apabila dia lihat angin kuat melanda, dia masuk ke dapur.
“Sejurus itulah dua batang pokok kelapa berdekatan rumah kami tumbang tepat menimpa tangga rumah tempat isteri saya berada sebelum itu.
“Namun, Allah SWT masih sayangkan keluarga kami dan menggerakkan hati isteri saya bergerak meninggalkan tempat itu, kalau tidak saya tidak tahu apa yang akan berlaku nanti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, akibat kejadian itu juga, cermin depan keretanya pecah berkemungkinan ditimpa buah kelapa. Kereta tersebut sememangnya diparkir di depan rumahnya.
Menurutnya, beliau tidak menyangka keadaan itu akan menimpa keluarganya memandangkan sebelum ini tiada kejadian seumpamanya berlaku.
“Di kawasan ini tidak pernah berlaku ribut. Hujan hanya turun selepas ribut berlaku dan keadaan dalam rumah kami juga basah akibat bumbung ruang tamu rosak teruk.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk membaiki rumah ini kerana pendapatan saya yang bekerja sendiri tidak menentu.
“Keadaan ini mungkin tidak selesa untuk lima anak saya yang masih kecil,” katanya.
Justeru, beliau amat berharap akan ada pihak yang sudi membantu untuk membaiki kembali kerosakan yang berlaku pada bahagian bumbung dan dinding rumahnya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan