13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PUNCAK ALAM – Lambakan pengemis dan peminta sedekah di pasar malam di daerah ini masih berterusan berikutan masih ada penduduk yang menghulurkan wang atas dasar simpati.
Senario itu menjadikan masalah sukar dibendung meskipun menyedari wujudnya sindiket mempergunakan golongan kurang upaya (OKU) demi kepentingan individu tertentu.
Lokasi pasar malam di Puncak Alam dan Saujana Utama menjadi ‘lubuk wang mudah’ kepada pengemis untuk meraih simpati daripada orang ramai yang sibuk membeli juadah makanan bersama keluarga.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan terbabit mendapati masih ada dua atau tiga individu duduk di laluan sambil menadah tangan untuk dikasihani dan ramai penduduk dilihat menghulurkan sumbangan wang kerana kasihan melihat mereka yang rata-rata sudah berusia.
Menurut seorang penduduk, Zarina Ali Din, isu pengemis dan peminta sedekah masih berlarutan berikutan sikap pemurah serta kasihan masyarakat yang sering menghulurkan wang kepada mereka dengan niat untuk membantu mereka.
“Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan bagi saya, jika niat untuk bersedekah terhadap sesiapa pun, ia terserah tambahan pula individu yang meminta sedekah itu terdiri golongan warga emas.
“Ada juga yang memohon untuk dana sekolah agama, jadi jika lalu di hadapan mereka, kita jadi serba salah dan kasihan,” katanya yang sering mengunjungi pasar malam di Puncak Alam setiap Sabtu dan Rabu di sini.
Seorang penduduk, Kamarudin Othman berkata, tidak salah jika ada individu yang tampil memohon dana untuk pembinaan surau mahupun sekolah agama kerana kawasan pasar malam dipenuhi orang.
“Pada pendapat saya, bersedekah itu tidak salah kerana ia bergantung pada niat kita yang mahu membantu orang itu tetapi perlulah berpada-pada dan banyakkan bertanya sebelum menderma kerana tidak mahu wang yang diberikan digunakan untuk perkara tidak baik.
“Bukan sahaja pasar malam, bahkan ada remaja dan kanak-kanak dipergunakan untuk datang ke setiap rumah untuk menjual cakera padat agama dengan harga murah demi mendapatkan dana untuk sekolah mereka.
“Perkara membabitkan kanak-kanak dan remaja ini untuk tujuan itu saya bantah sepenuhnya kerana ia salah dan tidak sepatutnya mempergunakan golongan bawah umur untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan