13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Cubaan seorang peniaga mendapat keuntungan lumayan hasil menjual lapan unit syer atas nama sebuah syarikat bernilai RM32,000 kepada seorang lelaki berjaya apabila pembeli itu melunaskan keseluruhan bayaran ditetapkan.
Bagaimanapun, pembeli tersebut membuat laporan polis selepas menyedari peniaga terbabit cuba memperdayakannya sehingga dia menyerahkan keseluruhan bayaran itu.
Walaupun berjaya melepaskan diri dari tindakan undang-undang selama hampir enam tahun, peniaga terbabit, Nik Azman Nik Yusoff, 54 akhirnya terjerat apabila dia berjaya ditahan polis 28 Mac lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas lima tuduhan menipu.
Tertuduh berasal dari Taman teluk Villa, Putatan, Sabah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kelima-lima tuduhan dihadapinya.
Berdasarkan kelima-lima kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya seorang lelaki dengan menawarkan lapan unit syer atas nama sebuah syarikat bernilai RM4,000 setiap satu.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 17 hingga 26 Februari 2007 di dua bank di Jalan Mahkota dan Jalan Bank di sini.
Kerana perbuatannya itu, mangsanya seorang lelaki berusia 54 tahun menyerahkan wang RM32,000 secara berperingkat sebanyak lima kali dalam tempoh tersebut sedangkan pembayaran itu tidak akan dibuat sekiranya dia tahu tertuduh cuba memperdayakannya.
Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda bagi setiap tuduhan jika disabitkan bersalah.
Ekoran pengakuan tidak bersalahnya itu, Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM16,5000 bagi kesemua tuduhan manakala 14 Mei depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan seterusnya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan