05 April 2012

Perancis Bantah Pembinaan Patung Sponge Bob

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MARSEILLE: Perancis pada Khamis menolak cadangan untuk membina patung gergasi kartun popular, Sponge Bob di kawasan persisiran pantai terkenal negara ini selepas mendapat bantahan kumpulan aktivis tempatan.

Rangkaian televisyen kanak-kanak, Nickelodeon berhasrat untuk membina patung berukuran empat meter di kawasan pantai Calanques dekat selatan bandar Marseille.

Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa dibatalkan selepas kumpulan aktivis mendakwa kawasan pantai itu tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial.

mstar/-

Tiada ulasan: