13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
Kerajaan Malaysia menafikan permit untuk kumpulan Singapura untuk mempersembahkan tarian balet, termasuk "The Nutcracker" ekoran pakaiannya yang dikatakan menjolok mata.
Ballet Illuminations sepatutnya dipentaskan tiga kali hujung minggu ini tetapi Singapore Dance Theatre diberitahu bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi menggantung permitnya tanpa penjelasan, lapor Reuters.
Ia mengejutkan kumpulan itu yang sudah mementaskannya di Singapura - dengan pakaian ketat dan skirt pendek yang sama - sejak dua tahun lalu tanpa sebarang masalah.
Bilqis Hijjas, presiden MyDance Alliance di Kuala Lumpur berkata, keputusan itu "amat dikesali" dan bakal merosakkan reputasi Malaysia sebagai tuan rumah persembahan seni.
"Penyanyi Ballet di Baghdad pun dibenarkan memakai pakaian balet di pentas," beliau dilapor berkata kepada sebuah portal berita.
Kementerian terbabit tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi mereka setakat ini.
malaysisakini/-

1 ulasan:
Janganlah marah, sekarang ni kementerian berkaitan sedang mabuk, tak tahu hala tujuan dan garis panduan sedia ada tak boleh pakai lagi. sabarrrrrr
Catat Ulasan