13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
JASIN – Dipercayai kerana merajuk ditegur abang akibat sering pulang lewat, seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini bertindak nekad melarikan diri dari rumah keluarganya di Taman Bahagia, di sini.
Nor Syazwani Maarof, 15, dikatakan keluar dari rumah dan tidak pulang sejak selepas solat Isyak, Jumaat lalu.
Bukan itu saja, malah pelajar terbabit juga tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu sehingga menimbulkan kebimbangan keluarga serta pihak sekolah.
Bapa Nor Syazwani, Ismail Maarof, 60, berkata, sehingga kini anak bongsunya itu yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini belum pulang ke rumah.
Menurutnya, Nor Syazwani atau Wani dipercayai melarikan diri selepas ditegur kerana sering pulang lewat ke rumah, namun kali ini, dia merajuk dan terus menghilangkan diri.
“Ini merupakan kali kedua Wani tidak pulang ke rumah lebih tiga hari. Sebelum ini, dia pernah hilang apabila dilarikan seseorang ke Kampung Tehel, di sini dan berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat pada pertengahan Februari lalu,” katanya.
Ismail yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, sejak anaknya tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu, dia dan anak-anak lain sudah berusaha mencari di sekitar Jasin, namun tidak berhasil.
“Saya sentiasa berada dalam keadaan gusar, ditambah pula keadaan isteri yang bersedih sepanjang masa serta menanti kepulangan anak daripada lima beradik itu.
“Sedih kerana sudah dua kali perkara ini terjadi kepada kami sekeluarga dan saya tak sangka Wani akan keluar rumah dan tidak pulang-pulang sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Berikutan itu, Ismail merayu kepada sesiapa yang mungkin menumpangkan anaknya itu di rumah supaya dapat menghubunginya.
“Dulu, semasa anak saya tidak pulang ke rumah, dia menumpang di rumah seorang penduduk di Kampung Tehel. Saya terkilan kerana keluarga terbabit tidak menghubungi saya menyebabkan saya terpaksa membuat laporan polis,” katanya.\
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pelajar terbabit boleh menghubungi Ismail di talian 013-6958849.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan