Sidang DUN Perak diterus pada hari ini bermula pada jam 10.00 pagi tadi dengan sesi pertama iaitu sesi soalan lisan selama sejam.
Kehangatan perbahasan den perdebatan antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dijangka akan berlanjutan pada hari ini.
Dalam sesi perbahasan kelmarin saling berlaku ketegangan dan perang mulut terutama dalam kes Sayarik Vale dari Brazil di Teluk Rubiah.
MB Zambry pada persidangan kelmarin telah mendedahkan sepucuk surat bertatikh 17 Disember 2008 yang didedahkan isi kandungannya dalam sidang kelmarin.
Namun cabaran dari pihak Pakatan Rakyat mengenai minit mesyuarat Exco dan dokumen kelulusan yang berkaitan yang berlaku selepas BN merampas kuasa dijangka akan berterusan sekiranya isu dibangkitkan pada hari ini.
Dalam sidang kelmarin, wakil dari Setiawan juga mencabar pihak kerajaan mendedahkan siapakan pemegang saham kepada sebuat syarikat yang dinamakan Harta Makmur Sdn. Bhd.dan sebuah syarikat lagi KYM Holding Bhd.
Malah wakil Pasir Panjang sempat menyatakan bahawa pihak BN mestilah bertanggung jawab kerana penama pemegang saham kedua syarikat tersebut sempat di siarkan dalam beberapa blog hasil carisan dari SSM dan dipadamkan selepas dari itu.
Pesoalan yang dibangkitkan oleh wakil setiawan, Dato Ngeh Koo Ham bertanyakan adakah benar kelulusan projek tersebut disebabkan untuk menolong syarikat itu menyelesaikan hutang bank sebanyak RM 200 juta ?.
Media pro BN pada hari ini dan sejak kelmarin cuba memainkan isu yang dibangkitkan oleh Zambry dengan cuba menutup isu sebenar yang berlaku selepas surat yang pernah dikeluarkan oleh nizar pada 17 Disember 2008.
Sebenarnya banyak lagi proses yang dirahsiakan oleh pihak Zambry sendiri sehingga syarikat dari Brazil tersebut diizinkan untuk mendirikan kilangnya di Teluk Rubiah.
Itulah persoalan dan tuntutan yang diminta oleh wakil Setiawan dan isu ini cuba dipadamkan dan rakyat Perak dan Malaysia cuba ditipu dengan cerita sebelah pihak.
Nizar semacam digambar adalah MB pada masa itu yang meluluskan projek kepada syarikat Vale. Sedangkan surat dari Nizar tidak lebih dari surat yang menggambarkan bahawa kerajaan Perak pakatan Rakyat pada masa itu tidak anti kepada pelabarun dan mengalu-alukan pelabur datang ke Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan