05 April 2012

Sidang DUN Perak hari ke 3

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Sidang media pakatan rakyat di bilik sidang media hari ini menjawab isu pelaburan syarikat Vale dari Brazil di Teluk Rubiah.

Ds mendedahkan mengenai kekerapan wakil syarikat Vale dari brazil bertemu dengan saya, dato Ngeh dan yb Tai di Hotel Trader di Kuala Lumpur. Dan mereka juga kata Nizar sering mengirim email kepada saya.

Ds Nizar melahirkan kehairanan bila sayarikat itu sudi bertemu dengan kami selepas rampasan kuasa.

Beliau juga mengatakan bahawa pakatan rakyat tidak ada masalah dengan syarikat Vale kerana dia ada hak dengan tanah yang dia perolehi malah telah ditulis pada papan tanda dalam bahasanya.

Nizar juga mendedahkan bahawa sehingga kelmarin bahawa kementerian pertahanan belum melulus persetujuan syarikat vale berada di teluk rubiah.

Nizar menyatakan bahawa apa yang berlaku dalam kerajaan pakatan rakyat hanya dalam peringkat perbincangan jawatan kuasa kecil dan exco berkaitan tetapi tidak sampai kepada mesyuarat exco untuk meluluslkan projek berkenaan.

Nizar sekali lagi mengesahkan syarikat vale masih berhubung dan paling terbaru dengan email sekitar 2 minggu lepas.

YB. Drs. Khalil Idham Lim.

Tiada ulasan: