13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 5 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
Bagi Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor, kenyataan Wan Ahmad yang menyifatkan perhimpunan itu sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan ‘kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu’.
Sepatutnya, kata beliau Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerjanya.
“Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Riduan menambah, yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis.
Justeru, katanya kenyataan Wan Ahmad menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.
Beliau menambah, Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman.
“Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main wayang atau ‘silap mata’,” ujarnya.
Justeru, ujarnya SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan itu rakyat sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan.
Ini, ujar beliau kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU13 adalah pilihan raya yang paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.
“Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan,” katanya.
Beliau berkata, SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihan raya.
Jelasnya, Bersih 3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan pilihan raya, hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.
Menurutnya, himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai ‘loceng amaran’ kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.
Katanya, himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan menyusun jadual ke luar negara.
“Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba.
“Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU13,” katanya lagi.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan