13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
BUKIT KAYU HITAM - Cubaan empat lelaki menyeludup hampir 45,000 liter petrol dan diesel bernilai RM82,725 ke negara jiran berjaya dipatahkan sepasukan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di sini dalam tangkapan berasingan antara jam 6 petang kelmarin hingga 4 pagi semalam.
Semua lelaki berusia antara 27 hingga 50 tahun itu ditahan bersama pelbagai jenis kenderaan yang telah diubahsuai termasuk lori tangki, lori, kereta mewah dan pacuan empat roda.
Komander UPP Kedah, Abd Latif Abd Rahman berkata, semua kenderaan itu ditahan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan dengan berlegar-legar di sekitar kawasan ini sebelum melepasi pintu sempadan negara.
Menurutnya, penyeludup kini menggunakan modus operandi baru iaitu tidak terus ke pintu sempadan tetapi berlegar-legar di sekitar bagi mengaburi mata pihak berkuasa sebelum masuk ke negara jiran.
“Walaupun begitu kita percaya ia untuk diseludup ke negara jiran memandangkan nilai pasaran minyak subsidi itu mencecah dua kali ganda di negara berkenaan,” katanya.
Abdul Latif berkata, lori tangki berisi 32,000 liter petrol ditahan di kilometer (km) 28.5 Lebuhraya Sintok-Kuala Perlis jam 1.10 pagi semalam.
“Turut ditahan seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga pemandu lori tangki yang dipercayai membawa petrol berkenaan dari Pulau Pinang,” katanya.
Manakala tangkapan lain melibatkan lori berisi 4,000 liter diesel pula ditahan di medan selera kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam jam 9.15 malam kelmarin dan turut ditahan seorang lelaki berusia 27 tahun berasal dari Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau berkata, tangkapan ketiga melibatkan kereta mewah, Volvo yang membawa muatan 500 liter petrol pada tangki tambahan yang diubahsuai di bahagian tempat duduk belakang di km 1.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Changlun pada pukul 12 tengah malam kelmarin.
“Dalam tangkapan itu kita menahan lelaki berusia 31 tahun berasal dari Changlun,” katanya.
Manakala, jam 10 pagi kelmarin sebuah pacuan empat roda yang mempunyai tangki tambahan berisi 200 liter petrol yang terdapat di tempat duduk belakang ditahan di km 10.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Changlun ke arah Bukit Kayu Hitam.
“Lelaki berusia 43 tahun berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ditahan untuk membantu siasatan.
“Semua kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 23 tahun yang memandu sebuah Proton Wira turut ditahan kerana membawa 17 guni seberat 850 kilogram anak benih kerang bernilai RM10,200.
Tangkapan dibuat di km 1.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Thailand ketika cuba menyeludup anak benih kerang ke negara jiran dengan menyorokkannya di bonet belakang dan tempat duduk belakang kenderaan terbabit.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan