28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
GANDINGAN beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berpeluang cerah mencatat keputusan lebih baik di temasya Sukan Olimpik London, Julai depan sekiranya mereka kekal konsisten pada setiap kejohanan.
“Jika dibandingkan aksi mereka tahun lalu, ibarat yo-yo, turun naik. Tetapi saya yakin peluang mereka untuk cipta kejayaan di Olimpik tetap ada dengan syarat kekalkan aksi konsisten seperti sekarang.
“Paling penting jangan buat kesilapan sama di Olimpik. Berbanding tahun lalu, permainan mereka semakin matang dan bertambah baik,” kata jurulatih Jeremy Gan yang menetapkan sekurang-kurangnya pasangan ini mara ke separuh akhir dalam setiap kejohanan yang disertai tahun ini.
Sementara itu, menjelang Terbuka India pada 24 hingga 29 April depan, gandingan yang menghuni ranking ketujuh dunia ini bakal berhadapan laluan sukar pada pusingan pertama apabila bertemu gandingan Korea Selatan Yoo Yeon Seong-Jang Ye Na.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan