20 April 2012

Tiga sahabat dihukum curi kabel

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Akibat merugikan sebuah syarikat telekomunikasi minggu lalu, tiga sahabat menerima padah apabila dikenakan hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Syaaban Mohamad, 24, Mohd Mazhar Mohamed, 25, dan Rosseli Yusoff, 41, mengaku mencuri kabel milik syarikat berkenaan di Kampung Nilam Baru, Mulong, di sini, pada 9.30 malam, 14 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, Mohamad Zulkifli Yaacob, yang sedang mengadakan rondaan menerusi Skim Rondaan Sukarela, menerima aduan mengenai sebuah van dinaiki dua lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan curi kabel.

Dia menjumpai kabel dan pemotong dalam van itu. Berikutan itu, seorang lagi suspek ditahan dalam semak kira-kira 150 meter dari situ.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad, di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly .

Sinar Harian

Tiada ulasan: