20 April 2012

Wan Ahmad dicabar letak jawatan, tanding tiket BN

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengulas bahawa sebanyak RM30 juta wang pembayar cukai perlu dibelanjakan sekiranya Selangor tidak mengadakan pilihan raya umum serentak dengan kerajaan pusat.

Beliau juga menasihatkan agar semua kerajaan negeri jangan bermain politik dengan wang pembayar cukai yang akan menyebabkan bajet tambahan, latihan serta persediaan yang lebih diperlukan.

“Bagi DPPM, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak sepatutnya mengulas soal pilihanraya berasingan di negeri Selangor atau pun tidak kerana itu bukan bidang tugas beliau dan SPR,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, kenyataan seperti itu perlu dilontarkan oleh pemimpin parti politik seperti Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Tambahnya, tugas SPR dan individu seperti Wan Ahmad adalah menjayakan pilihan raya mengikut tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

“Kenyataan ini menyerlahkan lagi belang beliau yang sebenarnya dan membayangkan seolah-olah beliau adalah Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang boleh memberikan pandangan politik terhadap mana-mana parti politik,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, DPPM hairan, mengapa kerajaan mengekalkan individu seperti beliau sebagai peneraju SPR.

Katanya lagi, kenyataan Wan Ahmad menambah curiga rakyat bahawa SPR adalah badan yang tidak bebas, serta masih terkongkong dengan pengaruh parti pemerintah.

Riduan menambah, ia mengesahkan lagi bahawa SPR sedang bekerja untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU13 dengan pelbagai cara.

“Sepatutnya Datuk Wan Ahmad mengambil perhatian mengapa Pakatan Rakyat mahu menangguhkan pilihanraya di negeri Selangor.

“Ia berkait langsung dengan isu daftar pemilih di negeri berkenaan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, Wan Ahmad sepatutnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat yang berterusan menyemak daftar pemilih sehingga mampu menimbulkan beberapa keraguan.

Katanya, sejumlah 42,051 pengundi ragu daripada senarai daftar pemilih dapat dikesan yang perlu kepada pembersihan.

Ini, ujar Riduan belum termasuk jumlah peningkatan undi mendadak di beberapa buah Parlimen di Selangor dan negeri-negeri lain, serta dakwaan wujudnya task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Justeru, katanya DPPM menyarankan Wan Ahmad supaya berterus-terang kepada rakyat bahawa beliau sememangnya berpihak kepada parti pemerintah.

“DPPM juga mencabar Datuk Wan Ahmad supaya meletak jawatan dan bertanding dalam PRU13 atas tiket BN.

“Buktikan beliau berpengaruh dan mampu memenangi PRU13. Ini lebih baik daripada terus berselindung di sebalik baju SPR,” ujarnya lagi.

Harakah Daily

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt and sy cadangkn wan omar join JATI,perkosa dan lain2 lagi!!!!baru ditempat yg betui...

Tanpa Nama berkata...

Biar Wan Ahmad ni berseronok seronok dulu, Rakyat akan dakwa dia bersama pengerusinya sekali.

paksu berkata...

Elok la tu... masuk ke arena politik ... senang cerita..
BACA ALQURAN ONLINE – SURAH YASIN | Perkongsian Maklumat Bermanafaat

Tanpa Nama berkata...

SPR hanya bebas di zaman AlMarhum YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj,jika dia bersekongkol dgn penipuan demi memastikan kemenangan BN maka jawab lah kamu nnti wahai wan ahmad di dpn Allah SWT sebaik kamu memasuki LIANG LAHAT tuk jib dan big mama tak dapat nak tolong kamu dan juga Pengerusi kamu Tan Sri Abdul Aziz, jika menang dgn cara menipu dan di lantik sebg ADUN atau pun sbg MP kmdn mrk di bayar gaji dan lain2 elaun (sepatutnya mrk tak dilantik krn kalah, tp dilantik krn menipu) apa hukum nya gaji dan elaun yg diterima dan beri anak isteri makan? Ulama2 umno boleh tlg jawabkan soalan saya ni sbb saya JAHIL agama.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah kita amik Putra Jaya maka kita (PR) akan mentadbir negara kita tubuhkan suruhanjaya di raja utk semua kes2 yg BN tak nak buat, yg di dapati bersalah sudah pasti mrk tahu akan jawapan nya di mana mrk patut berada. ini adalah Hidayah Allah utk mrk kembali ke pangkal jalan syupaya tidak membuat dosa.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah kita amik Putra Jaya maka kita (PR) akan mentadbir negara kita tubuhkan suruhanjaya di raja utk semua kes2 yg BN tak nak buat, yg di dapati bersalah sudah pasti mrk tahu akan jawapan nya di mana mrk patut berada. ini adalah Hidayah Allah utk mrk kembali ke pangkal jalan syupaya tidak membuat dosa.