28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PRESIDEN Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah berkata, masih terlalu awal menilai corak permainan import terbaru Kenari, Vedran Gerc.
Kelmarin, pemain berasal dari Crotia itu muncul pemusnah dengan meledak dua gol ketika Hijau Kuning membenam Sarawak 2-0 di Petra Jaya.
Namun Gerc, 26, tidak dapat meneruskan permainan 90 minit akibat kecederaan.
“Saya berharap aksi terbaik Gerc kelmarin biarlah berpanjangan dan tidak sekadar hero pada satu perlawanan sahaja. Dia memiliki permainan kemas dan ada kemahiran tersendiri.
“Apa yang penting, kehadiran Gerc diharap mampu menjelmakan sinar baru buat skuad Hijau Kuning dan mengelak terjerumus ke saingan Liga Perdana musim depan,” katanya kepada Sinar Harian.
Skuad Kenari pimpinan Wan Jamak Wan Hassan kini berada di tangga ketiga terbawah liga dan bakal berdepan Kelantan pada saingan separuh akhir Piala FA di Kota Bharu, esok.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan